Dah lama sangat saya tak update blog ni.Sebenarnya saya baru balik dari Kuala Terengganu.Memang seronok tinggal di sana,al maklum la kampung halaman.hahaha,ni ada lagi satu cerita yg saya nak kongsi dengan para pembaca semua.saya ada terbaca tentang laporan berita diharian metro yang bertajuk sondol-sondolan.Ternyata ,masih ada lagi orang Islam yang begitu taksub mempercayai perkara-perkara khurafat.Binatang yang haram disentuh itu dijadikan modal untuk mengaut keuntungan dengan mudah.Kalau dilihat dengan logik akal pun,memang mustahil dapat jadi kaya dengan cara menggunakan benda haram.Lelaki ini khabarnya mempercayai tangkal yang diperbuat daripada anggota babi dapat memberi kekayaan dengan singkat.Mustahil la………….sekarang orang sanggup buat apa-apa saja untuk mndapat kesengan dengan mudah.Kita perlu ingat bahawa rezki kita telah ditentukan oleh Allah.Jadi sepatutnya kita berusaha dengan bersungguh,sungguh untuk mencapai kesenangan itu baik di dunia mahupun di akhirat.Jadi,kepada mereka yang masih mengamalkan kepercayaan khurafat ini,hentikan dan bertaubatlah.Anda masih belum terlambat.Ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.