Hehe..ada
ke yang bosan kerana cuti? Ada! Sememangnya ada. Bila masuk sahaja cuti, mula
lah gelisah, nak buat apa masa cuti tuh. Sebelum cuti tu plak, sibuk dah duk
fikir nak buat tu, nak buat ni. Last2 masa cuti xda la plak nak buat macam tuh.
Adat la tuh, manusia kan suka berubah. Kadang selera pon sentiasa berubah,
kejap nak tuh, kejap nk nih, kejap suka dan sekejap je da tak suka dah. Normal
lah tuh, maknanya ada naik turunnya, ada pasang surutnya dan ada untung dan
ruginya. Cuba kita semak diri kita, masa tengah berkuliah, masa tu sibuk lah
duk berbincang perancangan nak buat masa cuti. Macam2 ada, nak buat tuh, nak
buat nih, nk buat part time, nak duk rumah, bangun lewat dan yang seangkatan
dengannya. Tapi, bila da masuk dalam situasi yang sebenar, satu benda pon tak
buat. Keje pon tak tau kat mana dah. Hahaha.. teringat satu mutiara kata, kita
hanya merancang tetapi Allah lah yg memakbulkannya... jadi, masa yang ada nih kena lah di atur dan dirancang dengan elok dan teratur. Nanti bila da habis cuti, xda lah kita menyesal tk buat tu dan tak buat ni masa cuti hari tuh....