Sifat pemaaf merupakan salah satu sifat yang mahmudah, yakni sifat yang terpuji. Menurut suatu sumber, ada dinyatakan bahawa sifat memberi maaf dan memaafkan adalah suatu kenikmatan. Apa tidaknya, sekiranya seseorang itu melahirkan sifat maaf, maka seluruh jiwa dan raganya menjadi tenang. Hilang rasa dendamnya! Hilang rasa cemburu dan iri hatinya ! Hilang rasa pahit dan kecewa ! Wahhhh! Begitu hebat sekali kesan dari sifat pemaaf tadi. Bahkan , kita sendiri pernah dipesan oleh Rasulullah agar sentiasa menjadi seorang yang pemurah dengan sifat maaf. Perlu diingatkan bahawa, jiwa yang tenang, hati yang bersih dan fikiran yang jernih datangnya daripada perbuatan kita yang baik. Maka kita lihat sekali lagi, maaf adalah suatu sifat yang terbaik untuk dijadikan amalan seterusnya menjadi sifat yang sebati dalam diri kita. Tidak mudah untuk mengawal diri dan emosi kita untuk menjadi seorang yang pemaaf kerana syaitan tidak akan pernah berdiam diri untuk terus mencuba menyesatkan dan mengganggu kotak pemikiran anak anak Adam sehingga mengikut kehendak mereka .
Makanya, kita perlulah berhati-hati dan setiap amalan yang kita lakukan, jangan biarkan emosi marah, cemburu dan dendam menjadi suatu faktor yang mengheret kita menjadi seorang yang pemarah, hilang sabar dan sebagainya. Maka sesuai dengan itu, latihlah diri menjadi orang yang sabar dan sentiasa bersedia untuk memaafkan setiap kesalah orang terhadap kita. Memang, kadang-kadang, ianya perit untuk kita telan, namun begitu, siapalah kita untuk menjadi hakim untuk memghakimi mereka sebegitu rupa dan ingatlah segala amal perbuatan kita sentiasa dilihat dan dinilai oleh Allah S.W.T.