Permulaan Sem 4….
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah
SWT kerana akhirnya debaran untuk menunggu keputusan peperiksaan akhir semester
3 telah pun berakhir. Walaupun tidak mendapat pointer yang terbaik, namun
keputusan yang amat memuaskan. Sudah lulus pun sudah dikira bernasib baik.
Alhamdulillah.
Bermulanya sem baru ini, kekurangan
dapat dirasakan apabila Hafiza Husna, Auni, Syafiq dan Hafizi tak dapat bersama
lagi dalam “ Family Tesl 1”. Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan dan aku
berharap agar mereka dapat belajar dengan selesa, tenang dan istiqamah. Moga
segala urusan mereka dipermudahkan olehNya.
Ucapan selamat maju jaya kepada Ayie
Nasir, Faez, Helmi dan juga Apit kerana telah terpilih untuk menjadi Ketua Unit
yang baru bagi menggantikan sahabat mereka sebelum ini. Semoga kalian semua
menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa dalam usaha menjadikan
kelas anda adalah kelas yang terbaik.