Saturday, April 28, 2012

Kem Kembara Resort

Alhamdulillah, pada 19 hingga 21 April baru-baru ini, saya dan rakan-rakan dari kelas PISMP TESL 1 telah menjalankan suatu aktiviti tutorial bersama tutor kami iaitu Mr Dzaki di KeM Kembara Resort , Pantai Peranginan Merang, Setiu, Terengganu. Suasana di sini memang best dan natural . Pelbagai aktiviti kami adakan seperti:

  • bola beracun
  • war(baling belon berwarna)
  • bola tampar
  • futsal
  • campfire
  • aktiviti bertukar-tukar hadiah
  • BBQ


















Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan penuh dengan  riang ria. Ucapan terima kasih saya tujukan khas buat semua rakan-rakan kerana telah berjaya melicinkan perjalanan program ini. Segunung terima kasih diucapkan kepada Mr Dzaki kerana sudi hadir untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Walaupun hanya 3 hari 2 malam, namun saya amat yakin bahawa ikatan silaturrahim yang terjalin antara kami semakin utuh dan erat. Harapan saya agar aktiviti ini akan diadakan lagi bagi terus melahirkan semangat jati diri, kepimpinan disamping mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar dan pelajar dengan pelajar.