Sunday, October 6, 2013

TESL 1, PRA & MATH ( BIG Fasa 4 semester 4 2013)



Bacaan doa pada majlis penutup
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya, akhirnya Program Bina Insan Guru Fasa 4 telah pun berakhir semalam. Program BIG ini yang diadakan di Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu bermula pada 3 Oktober 2013. Untuk BIG kali ini, kami peserta seramai 72 orang yang terdiri daripada TESL 1, MATH & PRA telah bergabung dan bekerjasama dalam mewujudkan suasana program pada tahap yang selesa dan menarik.
Program ini dipengerusikan oleh Wan Aliff Azizi selaku Pengarah Program BIG Fasa 4 telah bertindak sebagai penghulu di sini. Apa yang saya boleh katakana adalah, sesungguhnya banyak pengalaman yang menarik telah saya dapat sepanjang berada disini.
Apa tidaknya, jika kita kata program ini sebagai suatu perkhemahan, jawapannya “Ya, ianya sememangnya suatu aktiviti yang berbentuk perkhemahan namun ianya ada keunikannya yang tersendiri “. Jika acara perkhemahan, biasanya kita terdedah kepada pentingnya ketepatan waktu, pentingnya sesebuah aktiviti yang mana boleh dikatakan amat padat dan tidak kurang juga pada acara perkhemahan , setiap apa yang kita lakukan haruslah bergantung pada pensyarah pembimbing atau kem komanden. Namun ianya amat berbeza disini dimana kami mengikut cara kami masing. 
Bekerjasama dalam setiap perkara amat penting 


Kami disini dilatih untuk terus bekerjasama, bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam membuat sesuatu perkara. Hal ini amat penting kerana ianya melibatkan banyak pihak yang terlibat. Bak kata pujangga “ kalau kita nak orang hormat kita, maka kita kenalah hormat orang dulu”. Pentingnya kerjasama ini dapat dilihat dimana kami berganding bahu melakukan setiap perkara secara bergotong royong. Setiap ahli ada kepentingan dan tugas mereka masing-masing. Jadi tidak ada isu yang timbul yang mengatakan bahawa “ dia’ dan “ mereka” memang pemalas.
Persahabatan memainkan peranan utuma
Sememangnya , ianya tidak mudah untuk ditempuh oleh setiap orang. Setiap orang ada minat masing-masing, ada kehendak dan keperluan yang berbeza. Namun kami disini berjaya untuk menyingkirkan perasaan ‘selfish’ kami kearah yang bersifat “ family”. Kami bagaikan sebuah keluarga yang mana boleh diibaratkan bagai mencubit paha kiri, paha kanan pon berasa. Tengok, begitu indahnya ukhuwah tali persahabatan kami. Tidak ada yang difikirkan melainkan setiap tindakan, tutur bicara dan tingkah laku itu adalah berdasarkan sesuatu yang positif. Jika ianya negative, pastilah ianya akan menjadikan sesuatu hubungan itu renggang dan akhirnya putus menjadi musuh. 
Sesungguhnya, setiap ahli memainkan peranan yang benar-benar tulus, amanah dan berjiwa tabah. Kekuatan sesebuah pihak untuk menjayakannya terletak pada semua pihak. Jika setiap ahli bersatu teguh menyokong, maka sudah pasti mereka yang menjadi ahli jawatakuasa tertinggi turut memerah keringat untuk memastikan setia ahli yang didokong mendapat sesuatu yang sepatutnya.
Alhamdulillah, dalam program ini , setiap aktiviti yang dijalankan adalah amat menarik dan sukar untuk dicari. Antara pengalaman yang tidak dapat kami lupakan adalah semasa adanya khemah “terbang”. Bukan semua orang berpeluang untuk menyaksikan khemah yang terbang secara ‘live’ begitu. Sudah pastinya ianya akan menjadi suatu pengalaman yang amat menarik dan menjadi ingatan buat semua. Begitu juga pada malamnya dimana cuaca telah bertukar menjadi ‘ganas’ sehinggakan akhirnya kami terpaksa menurunkan semua khemah-khemah yang ada. Ini bagi memastikan keselamatan kesemua ahli dan bagi mengelakkan khemah dan barangan yang lain dari rosak.  Kemudian, para pria yang gagah lagi bijaksana telah bertindak menunjukkan sifat maskulin masing-masing. Setiap dari mereka bertungkus lumus dan bekerjasama mendirikan khemah dengan kemahiran yang sedia ada. Terima kasih kepada Farhan Adam yang telah menggunakan pengalaman yang lalu dalam membantu kami menghadapai situasi ini.  
Selain itu, kami juga berpeluang untuk tidur di atas wakaf. Tidur tanpa khemah sememangnya menjadi ‘aktiviti’ kami pada malam itu. Walaupun sejuk, ia menjadi sebahagian dari aktiviti kami yang tidak mungkin kami dapat lupakan. Bukan senang nak tidur di luar khemah. Masa ni je yang ada peluang nak tidur  kat luar khemah, kalau ada khemah memang tak la nak tidur kat luar…hehe…
Aktiviti diteruskan lagi pada hari kedua. Dalam aktiviti ini, kami berpeluang untuk menanam pokok nipah dan pokok bakau. Setiap kumpulan dibahagikan setiap pokok dalam bilangan yang sama rata. Fuhhh~ bukan senang nak tanam mende alah nih… kalau nak ikutkan, susah sangat sebab kawasan berair dan berlumpur. Tapi, bila buat ramai-ramai, menjadi jugakkk~hehe…
Aktiviti mencari lokam
Pastu, aktiviti disambung dengan pencarian lokam. Wow~ Excited nyeee… Lokam? Apa tuh? Haha… kalau orang Bandar biasanya tak tahu pun benda nih, siap tanya lagi  bentuk nya. Yelah, bukan semua orang biasa kan. Kalau tak kena cara, memang takkan jumpa lah. Jadi untuk mencari lokam ni, kami cari ikut kumpulan jugak. Alhamdulillah, duk cari-cari akhirnya jumpa jugak…hehe.. malu lerr kalau tak jumpa kan… Ramai kot peserta pompuan yang dapat cari mende tuh. Haihhh~
Sambil cari mende alah tuh, sambil amik gambooo...hehe
Kemudiannya lagi, kami dikehendaki mencari lala dan kepah. Yes! Yes! Opssss…. Haaaaa, tu antara sebutan yang biasa disebut. Mula-mula excited la dapatkan, pastu terpegang mende lain ( ketam @ umang-umang)…. Memang arghhhhh!! Sadisss wh00oo… haha….
Cari kerang la plak~ heeeee
Tup Tap Tup Tap( bunyi jam), aktiviti seterusnya disambung lagi pada sebelah petang, yakni selepas asar… hehe… jum cari kerang plak!!...haha… macam-macam, ada yang berenang, menyelam dan sebagainya. (* aq merangkak pom adeee)… biasa la, bila lagi kan nak ber’picnic’ macam nih… beramai-ramai plak tuh…hehe…
Seterusnya, kami pumm berBBQ dengan hasil tangkapan kami td… wowww~ banyak nyerrr… kerang masak serai, lala masak lemak n etc… banyak ngat3… dok abis nak makan… tambah lagi ngan kerang dan kepah bakar…fuhh~ nyangkut gilerrr…hehehe….
Keesokannya, kami teruskan dengan aktiviti Malaysia Cergas! Kemudian aktiviti laporan dan refleksi. Ternyata ramai yang seronok dan gembira dengan BIG kali nih… Pengalaman baru katanya. Best~~~~~~ Sangat~~~~ Sangat~~~… Last but not least, tiba lah aktiviti bergambar pulak…huk alohhhh… abis dahhh…hehe…
Secara keseluruhannya, saya amat seronok  dengan BIG pada kali ini. Bukan senang nak dapat kenangan dan pengalaman yang menarik macam nih.. Nak-nak mase tengok matahari di tepi pantai…yang tu Antara part yang best~~
Group 7


TESL 1 
  p/s: dapat kawan baru~ sebelum ni tak pernah bertegur pun…tak tahu pun dia duk kat maktab ni…hehe…thanks BIG~