Thursday, November 22, 2012

Warkah UPSR 2012


Saya mengucapkan sekalung tahniah buat semua anak-anak murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah baru-baru ini. Sesungguhnya, segala kecemerlangan yang telah diperoleh adalah sesuai dengan usaha dan kemampuan yang anda telah lakukan. Segala persiapan yang telah anda siapkan telah terbukti dengan terhasilnya kejayaan yang bakal mencerahkan lagi masa depan anda sebagai seorang pelajar. Bukan itu sahaja, kecemerlangan ini juga adalah dengan berkat guru-guru anda yang telah gigih berusaha dalam memastikan anak-anak didik mereka berasa gembira dan teruja saat melihat pencapaian yang telah mereka kecapi dalam peperiksaan yang telah mereka tempuhi. 
Tidak dilupakan bagi anak-anak murid yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan agar tidak mudah berputus asa dan tidak lemah semangat dalam mengejar cita-cita anda. Sebenarnya, ia adalah satu langkah dalam mengorak kejayaan anda. Tidak cemerlang tidak beerti anda telah gagal tetapi ia menunjukkan bahawa anda perlu berusaha lagi dan sentiasa meningkatkan prestasi anda semasa belajar. Jangan jadikan ia adaah satu racun yang mana membuatkan kita berasa lemah, malas dan tidak mahu untuk belajar lagi. Sebaliknya, jadikan ia sebagai satu motivasi anda sebagai pendorong untuk memajukan lagi diri anda dan ahkhir sekali, ia adalah satu pemacu atau pemangkin yang membantu anda dalam mengorak langkah untuk menggapai impian anda.
Akhir kata, ayuh kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan anugerahNya, kita telah pon selamat menempuh alam persekolahan sekolah rendah dan berdoalah semoga Allah memberikan kita hidayah dan cahaya ilmu yang berpanjangan dalam menempuh alam persekolahan sekolah menengah. Setiap guru yang mendidik anda adalah insan-insan yang berharga dan yang terpilih dalam mendidik anda menjadi insan manusia yang berguna demi agama, bangsa dan negara. 

Wednesday, November 21, 2012

Bosan Kerana Cuti?


Hehe..ada ke yang bosan kerana cuti? Ada! Sememangnya ada. Bila masuk sahaja cuti, mula lah gelisah, nak buat apa masa cuti tuh. Sebelum cuti tu plak, sibuk dah duk fikir nak buat tu, nak buat ni. Last2 masa cuti xda la plak nak buat macam tuh. Adat la tuh, manusia kan suka berubah. Kadang selera pon sentiasa berubah, kejap nak tuh, kejap nk nih, kejap suka dan sekejap je da tak suka dah. Normal lah tuh, maknanya ada naik turunnya, ada pasang surutnya dan ada untung dan ruginya. Cuba kita semak diri kita, masa tengah berkuliah, masa tu sibuk lah duk berbincang perancangan nak buat masa cuti. Macam2 ada, nak buat tuh, nak buat nih, nk buat part time, nak duk rumah, bangun lewat dan yang seangkatan dengannya. Tapi, bila da masuk dalam situasi yang sebenar, satu benda pon tak buat. Keje pon tak tau kat mana dah. Hahaha.. teringat satu mutiara kata, kita hanya merancang tetapi Allah lah yg memakbulkannya... jadi, masa yang ada nih kena lah di atur dan dirancang dengan elok dan teratur. Nanti bila da habis cuti, xda lah kita menyesal tk buat tu dan tak buat ni masa cuti hari tuh....

Thursday, November 15, 2012

Cuti Sekolah 2012?


 Cuti sekolah datang lagi. Ramainya orang uload gambar masing2 sedang bercuti. Ada yang bercuti bersama keluarga, dengan kawan2 dan tak kurang juga ada yang bawa awek n pakwe diorang untuk bercuti. Untuk cuti pada kali ni, aq tak dapat kemana2 dek kerana kekangan masa dan halangan yang masih tidak mengizinkan. Maka tinggal lah aq untuk menjadi seorang 'suri rumah' seenuh masa...hehe.. actually, dalam planning ada je nak pergi pulau2 but there is something that i should consider to make my family feel comfortable and relax. Pada musim cuti sekolah inilah, ramai ibu bapa berebut2 untuk membawa keluarga mereka untuk melancong kesana dan kesini dan antara aktiviti yang menarik yang sentiasa menjadi pilihan adalah :

  • bercuti di pulau
  • berkelah dan berenang di Pantai dan air terjun
  • bermain futsal dan badminton
  • shopping
  • dan sebagainya
Jika dilihat dari sudut yang positif, aktiviti melancong bersama keluarga meruakan satu aktiviti yang amat penting dalam membawa kepada suatu hubungan yang erat dan yang positif yang mana boleh membina kepada keluarga yang bahagia. Membina suatu keluarga bahagia bukanlah mudah namun ianya bukanlah terlalu susah sehingga membebankan. Berkat usaha, doa dan tawakkal, insyaAllah akan membantu kita kearah membina keluarga yang bahagia itu.Alamak, sudah lari dari tajuk entri asal nih...haha...thats all for this time, chow!..
 p/s: selamat bercuti kepada sahabat2 saya ..

Thursday, November 8, 2012

Khas Buat Si Gila

Overall, tak tau nak cakap apa. Nak express rasa marah sebenarnya tapi tertahan plak. Mungkin Allah masih sayang aku. Tak nak aku marah2 bagai nih. Tapi yang aku pelik dan heran sangat kenapa nak ganggu aku dan famili aku. Kenapa? Kitorang ada utang ke ngn kau? Ada buat salah ke? Kalau ada hutang, tolong la bagi tau supaya hutang anda itu dapat diperjelaskan. Kalau ada salah silap, tololng la bagi tau supaya kami dapat perbaiki . Ni tak, sedap2 je nak ' bagi' somethiong yang tak masuk dek akal. Kalau mg nk gilo, mg gilo seko mg lah. Jange dok wat gilo sapa ko ore lain jadi gilo jugok. Aku buke maroh tapi mg waso tok kaba ingat.. Dasar manusio tak reti bersyukur, baso gilo nyeng2. Po taik apo nih, baloh sikit nako bui bndo ngoksir2. Dok eh aku nok tanyo, mg reti ko doso pahalo, mg reti ko dok gapo syirik tuh? ya mg duk main gilo ngn setan tuh mg tok kaba ko? baso gilo sokmo wat kijo. po taik apo nih. mg, kalau aku tau mg ganggu ag famili aku, ngn mg2 aku wat kiro. Baso bengong, baso xleh nok ajar. baso tok reti. baso gilo nyeng2

Monday, November 5, 2012

lAst berjimBa unTuk sem 2 pIsmp

alhamdulillah, although the planning to have a visit at Lata Chakah or Lata Belatan is not going well, my friends and i really make this day as happy as we wish it to be. Going out at 8 pm, we have a last dinner together at McDonald. Fast Food!! yeahhahh!! and guess what? i met few friends and they look so excited to go home. Homesick maybe.. heh~ after that, we have a visit at Giant for the last time for this semester. Just spent few minutes there but it make a sense as we really enjoy being there, bought something to have tonight and tomorrow day. i wish that this happiness will never end and it some sort of making our life so colourful as a student .i really enjoy tonight as it give me few strength to see you all around next semester. Se u...hehep/s: esok da nak balik, rindu IPG la nanti...hehehe
Semasa menghantar Zaf naik bas tadi..semoga perjalanan anda selamat ya :p





Sunday, November 4, 2012

yEay!! merDeka (Last Exam PISMP SEM 2)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah...pagi tadi adalah kertas terakhir yang aku duduki. Setellah berhempas pulas sepanjang minggu exam ni, akhirnya aku pun merdeka jugak.. Lets say good bye to Sem 2. Welcome Sem 3. Opsss, hehehe, lom tau result lagi ya. Pape pun, aku harus jugak hepi coz esok da start cuti. Dapat la berehat sebulan setengah . Selagi result exam lom keluar, lbih baik jangan terlalu nak bergembira sangat. Nak bergembira tak salah, tapi jangan berlebihan ya. Apa apa pun, jika berlebihan akan ada bahayanya yang tersendiri. Kalau terlebih gula, dapat penyakit, kalau terlebih main, dapat jugak penyakit..maybe itu adalah lumrahnya. Kepada sahabat2 PISMP TESL 1 SEM 2, selamat bercuti. Kepada PISMP TESL SEM 4 & PPISMP TESL SEM 3, selamat menempuh peperiksaan ya. Semoga usaha anda dipermudahkan oleh Allah SWT.p/s: masih lagi blurr nak buat apa ya cuti nih?