Wednesday, November 6, 2013

Salam SPM 2013

Salam SPM 2013
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Selamat ber ‘SPM’ buat semua sahabat-sahabat yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Ingatlah bahawa janji Allah itu benar, barangsiapa yang berusaha nescaya dia akan diangkat oleh Allah untuk merasai ‘manis’ nya sebuah kejayaan itu.
Kejayaan tidak datang bergolek dan tidak pula datangnya secara melayang ibarat burung yang gagah! Maka , kita sebagai pelajar harus berusaha sedaya mampu untuk memahirkan diri kita dengan pelbagai tekni dalam menghadapi SPM kali ini. Buat sesetengah pelajar, mereka merasakan bahawa ianya begitu sukar dan amat susah.  Mereka merasakan ianya ibarat sebuah proses yang mana akan membantutkan langkah-langkah dalam menjalani kehidupan yang mendatang.
Perlu diingatkan bahawa SPM merupakan suatu langkah awal untuk menarik kita kearah sebuah kejayaan. Orang yang berjaya tidak akan memikirkan segala persepsi negative. Mereka hanya memikirkan perkara yang positif. Bila kita hanya memikirkan perkara yang positif, maka perbuatan yang tertampil adalah positif. Jika kita fikir perkara yang negative, sudah pasti ianya bakal menolak kita untuk melakukan perkara yang negative juga.
SPM sememangnya dirasakan susah apabila kita tidak belajar dan tidak bersungguh dalam menimba ilmu. Namun apabila seseorang itu istiqamah dalam belajar, tekun dan bersemangat, insyaAllah akan diangkan dan dipilih Allah sebagai calon orang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ingat, apa yang kita lakukan pada kali ini bakal membentuk kita pada masa hadapan. Jika kita berjaya, ia nakal membantu kita untuk mendapatkan masa depan yang cerah dan ianya merupak suatu bonus buat ibu bapa kita. Sudah pasti, mereka akan berasa amat gembira dengan pencapaian yang telah dicapai oleh anak- anak mereka. Nah, betapa hebatnya sebuah kejayaan. Ianya mampu membuatkan kita gembira dan orang lain turut merasai nikmat kejayaan yang dikecapi.
 Akhir kata, saya mengucapkan selamat menduduki SPM buat semua rakan-rakan dan adik-adik yang bakal menduduki SPM. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama. Amin..