Friday, January 24, 2014

Terima Kasih "Miss' Amrien Hamila

“ Ya Allah, kuatkanlah iman kami, hati kami, perasaan kami dan ketabahan kami dalam kehidupan ini. Ya Allah, andai ini perpisahan ini adalah jalan yang terbaik buat kami, maka redhailah ia. Kami mohon padaMu agar cekalkanlah hati kami saat kami tidak lagi bersamanya. Semoga ikatan silaturahim Antara kami sentiasa utuh dan sentiasa dalam keredhaanMu.”

Ucapan terima kasih buat mantan Tutor yang dikasihi, Madam Amrien Hamila atas segala penat lelah, jasa dan bakti dalam membantu kami dan mendidik kami sehingga kami sampai ke tahap ini. Maaf sebab saya masih lagi ‘kekok’ nak panggil “Madam” sebab memang dah terbiasa panggil “Miss” sebelum ni.
Tetiba teringat semasa hari mula-mula mendaftar dulu. Masa tu, Miss la yang tunggu kat kaunter pendaftaran.
“ Kalau Aliff ada apa-apa, call je no ni”, kata Miss Amrien sambil memberikan suatu kertas yang berisi nombor telefonnya.
“ Ouh, okay. Terima kasih kak”.
“Panggil je Miss”.
From that moment, barulah tahu yang Miss adalah Tutor kami, PPISMP TESL 3. Banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau berikan. Beliau bukan sahaja pensyarah yang mengajar kami, bahkan merupakan ‘ibu’ kami semasa berada di IPG ini.
Banyak nasihat yang telah diberikan. Biasanya, setiap nasihat itu akan diselitkan dengan suatu dorongan yang membina. But the happiness did not stay longer, we had been shuffled during the semester 2.
Walaupun kami tidak lagi bersama, Miss tetap dengan tugasnya. Sentiasa memberikan sokongan padu. Yup, kadangkala Miss sangat sibuk. Ye lah, nak uruskan tutees baru. Walaupun begitu, Miss tetap tidak lupakan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak memberikan peluang kepada kami untuk sentiasa membaiki diri.
Di sini, saya nak mohon maaf atas segala salah dan silap saya selaku bergelar seorang pelajar. Maklumlah, kadangkala kita tak sedar apa yang telah kita lakukan. Namun saya berharap sangat yang Miss dapat maafkan saya.
 Saya juga ingin  mohon maaf sebab tak dapat datang semasa event “Reunion Tesl 3 Saranghae” hari tu.  Ya, saya tau semua orang sedih. Tapi saya tak dapat nak menahan kesedihan yang tertanggung itu. Ramai yang cakap, “ Alah, tukar kerja je pun” tapi adakah anda pernah rasa seperti apa yang saya rasa? Pernah tak rasa sedih? Sebab apa? Rasa sedih itu bukan suatu yang boleh dibuat-buat. Anda mungkin kata, saya poun sedih tapi saya dapat tahan. Jadi silakan anda tahan tapi tidak untuk saya. Saya tahu tentang diri saya lebih dari apa yang anda tahu tentang saya. Sebab tu saya tak datang, sebab saya takut hari terakhir itu merupakan hari yang sedih. Kalau boleh saya tak nak ingat langsung yang sedih-sedih. Nak ingat yang ‘happy’ je. Bukan tak nak rasa sedih tapi biarlah saya memilih kenangan ‘happy’ itu suatu kenangan yang indah. I don’t want it became the last day that we met her because I still want to meet her again in the future. We don’t know when but I believe that “setiap pertemuan pasti ada perpisahan “ and I hope that “ Setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah suatu yang diredhai olehNya.” Amin.
Ini adalah kehilngan kali kedua bagi saya apabila dapat tahu Miss akan bertukar ke Cyberjaya. Saya berharap dan berdoa agar silaturahim ini sentiasa diredhaiNya. Saya juga mendoakan yang terbaik buat Miss dan suami tercinta, semoga berbahagia selalu. Amin
Although i'm not in that picture, i hope that i still in your heart!~



Sunday, January 5, 2014

Pensyarah TESL 1 semester 5 2014


Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah….

Miss Zakiah (Umi Zakiah ) – Jabatan Bahasa- Bahasa < Linking Theory Into Practice>
Mr Dzaki ( Tutor) – Jabatan Bahasa – Bahasa < Plays & Drama >
Puan Suriany – HEP < Sains>
Encik Safri – Jabatan Gerko < Olahraga>
Mr Chan – Jabatan Bahasa- Bahasa < Managing ESL Classroom>
Mr Manga (Dr) – Jabatan Ilmu Pendidikan < Budaya dan Pembelajaran >


Friday, January 3, 2014

Keputusan Peperiksaan November 2013 semester 4


Alhamdulillah, keputusan peperiksaan bagi semester 4 November 2013 telah pun keluar pada 24 Disember baru- baru ini. Syukur kehadrat Allah SWT kerana dipilih Allah untuk menjadi salah seorang hamba yang bahagia saat ‘menjenguk’ keputusan peperiksaan tersebut.
Semoga peningkatan pointer ini akan menjadi suatu pemangkin untuk terus bersyukur dan berusaha sedaya mampu untuk terus memajukan diri demi agama, bangsa dan negara.
Tidak lupa, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat semua guru pelatih semester 4 2013 atas kejayaan dan keputusan yang kalian kecapi.
Jutaan terima kasih buat semua para pensyarah yang telah gigih membimbing dan mengajar kami sehingga kami berjaya untuk lulus dan teruskan pengajian.
 Ribuan terima kasih buat semua sahabat saya yang banyak membantu sepanjang ‘study week’.
 Berbilion dan trillion ucapan tahniah dan terima kasih buat semua ahli KALBU atasa sumbangan, nasihat dan kerjasama sepanjang semester lepas. Moga pada semester ini, perhubungan silaturahim ini akan menjadi lebih erat dan utuh sepanjang zaman…. 

Thursday, January 2, 2014

Salam 2014

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNYA sekali lagi kita dapat melangkah ke tahun baru 2014. Jika kita tidak diberikan peluang dan kesempatan olehNya, belum tentu kita berpeluang untuk sekali lagi menjalani hidup sepanjang tahun 2014 ini.
Ayuh kita bersyukur, disaat mereka- mereka yang lain telah pun diangkat oleh Allah kea lam yang lain, tapi kita masih terus berkesempatan untuk berbakti, menyukuri, mengimarahkan dan melakukan yang terbaik sebagai hamba Allah. Jadi mengapa tidak kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri.
Perubahan yang berlaku sama ada dalam atau luar diri kita, hanya kita yang mampu lakukan. Maka, kita semak diri kita, adakah sepanjang tahun 2013 kita telah benar-benar menjalani kehidupan ini dengan penuh ceria, penuh rasa syukur kepada Allah, penuh rasa bahagia, sentiasa bermuhasabah dan murah dengan kasih sayang dan sebagainya.
Maka jika kita kata “Ya” , mengapa tidak kita teruskannya ditahun 2014 juga. Bahkan bukan pada tahun baru sahaja tetapi pada setiap tahun, setiap masa dan setiap detik. Moga setiap amalan yang kita lakukan itu diberi pahala dan ganjaran oleh Allah SWT.
 Jika kita masih mengatakan “Tidak”, maka ayuh semak kembali apakah sebab dan alasan yang menghalang kita untuk merasainya. Masih belum terlambat untuk kita berubah. Oleh sebab itu, ayuh tanamkan azam untuk menjadi yang terbaik, malah lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Jika ini dapat diangkat sebagai suatu matlamat, maka kita pasti dapat merancang suatu perancangan untuk terus berada dilandasan yang benar dan terbaik. Setiap orang mampu untuk berubah kearah yang lebih baik. Hanya diri sendiri yang mampu memujuk rasa hati, naluri, jiwa dan perasaan untuk kembali muhasabah kearah kebaikan dan kesejahteraan hidup kita.

Semoga , tahun 2014 ini menjadi antara tahun yang mampu melonjakkan rasa inginkan perubahan yang membawa kepada suatu yang baik. Setiap orang senantiasa impikan suatu yang terbaik buat diri mereka, nah pada saat dan ketika inilah ayuh bangkit melawan segala halangan agar diri kita benar-benar kuat untuk menempuh dan menjalani hidup ini dengan bahagia.