Sunday, January 31, 2010
cemara babi
Thursday, January 14, 2010
Sunday, January 10, 2010
Taubat
Taubat
Bahasa:kembali
Istilah:kembali taat kepada Allah setelah menyesal kerana melanggar perintahNya
Rukun taubat;
- Menyesali dosa yang dilakukan
- Berhenti mengulangi perbuatan itu
- Berazam untuk tidak mengulanginya
- Meminta maaf sesama manusia jika dosa yang dilakukan itu melibatkan manusia
Mengapa kita ditegah menangguhkan taubat?
- Tanda taubat tidak ikhlas
- Taubat yang dilakukan bukan kerana menyesal tetapi kerana tidak berkeupayaan
- Kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja
- Supaya diberi rahmat,hidayah dan petunjuk kearah kebaikan
Cetusan Pendapat;Berubahlah……
Cetusan Pendapat;Berubahlah……
Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Semakin bertambah masa maka semakin bertambah kematangan kita.Namun masih ada segelintir manusia yang masih belum sedar akan kepentingan ilmu dan peraturan sekolah.Pada minggu pertama persekolahan,sudah ada pelajar yang berani ponteng.Baru-baru ini,saya terkejut melihat beberapa pelajar yang masih mengikuti Program Minggu Orientasi sudah berani ponteng sekolah.Mereka sanggup memanjat pagar yang tinggi semata-mata untuk keluar daripada kawasan sekolah.Kenapa mereka tidak keluar melalui pintu?Jawapannya ialah mereka akan ditangkap dan diadli oleh pihak sekolah.Inikah sikap dan budaya yang diajar kepada kita?Sudah semestinya kita marah jika orang kaitkan perbuata yang kita lakukan dengan ajaran daripada ibu bapa.Jangan kaitkan perkara ini dengan ibu bapa aku?Itulah perkataan yang keluar daripada mulut ereka.Memang berat tetapi inilah kenyataannya.Seorang ustaz pernah berkata bahawa jika seseorang ingin melihat perangai seseorang,tengoklah perangai anaknya.Oleh yang demikian,mengapa kita masih belum sedar bahawa kita sendirilah yang akan menjatuhkan maruah keluarga kita terutamanya maruah ibu dan bapa kita.Tidak salah untuk meniru perangai orang soleh,orang alim dan sebagainya demi kebaikan kita.Berusahalah untuk memperbaiki diri kita.Lakukanlah demi agama,ibu bapa,bangsa dan negara.
Punca –punca ponteng sekolah
2. inginkan hiburan
3. tidak siapkan kerja rumah
4. pengaruh rakan sebaya
5. masalah keluarga
6. kurang kasih-sayang ibu bapa
7. kepesatan teknologi
8. kelemahan sistem pendidikan(kuasa merotan pelajar)
9. kurang minat kepada guru
10. bekerja secara sambilan
11. suasana sekolah yang kurang kondusif
12. kurang didikan agama
13. ingin mendapat perhatian dengan cara mudah
Nasihat Luqman al-Hakim dalam surah Luqman (12-19)
Nasihat Luqman al-Hakim dalam surah Luqman
(12-19)
- Tidak melakukan syirik
- Berbuat baik kepada ibu bapa
- Sentiasa bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada ibu bapa
- Menunaikan solat
- Menyuruh berbuat baik dan mencegah perbuatan mungkar
- Bersabar terhadap bala bencana
- Tidak memalin muka kepada manusia(memandang rendah) dan tidak sombong
- Bersopan ketika berjalan
- Merendahkan suara ketika bercakap