Sunday, January 10, 2010

Cetusan Pendapat;Berubahlah……

Cetusan Pendapat;Berubahlah……

Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Semakin bertambah masa maka semakin bertambah kematangan kita.Namun masih ada segelintir manusia yang masih belum sedar akan kepentingan ilmu dan peraturan sekolah.Pada minggu pertama persekolahan,sudah ada pelajar yang berani ponteng.Baru-baru ini,saya terkejut melihat beberapa pelajar yang masih mengikuti Program Minggu Orientasi sudah berani ponteng sekolah.Mereka sanggup memanjat pagar yang tinggi semata-mata untuk keluar daripada kawasan sekolah.Kenapa mereka tidak keluar melalui pintu?Jawapannya ialah mereka akan ditangkap dan diadli oleh pihak sekolah.Inikah sikap dan budaya yang diajar kepada kita?Sudah semestinya kita marah jika orang kaitkan perbuata yang kita lakukan dengan ajaran daripada ibu bapa.Jangan kaitkan perkara ini dengan ibu bapa aku?Itulah perkataan yang keluar daripada mulut ereka.Memang berat tetapi inilah kenyataannya.Seorang ustaz pernah berkata bahawa jika seseorang ingin melihat perangai seseorang,tengoklah perangai anaknya.Oleh yang demikian,mengapa kita masih belum sedar bahawa kita sendirilah yang akan menjatuhkan maruah keluarga kita terutamanya maruah ibu dan bapa kita.Tidak salah untuk meniru perangai orang soleh,orang alim dan sebagainya demi kebaikan kita.Berusahalah untuk memperbaiki diri kita.Lakukanlah demi agama,ibu bapa,bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment