Alhamdulillah,walaupun sudah lama tak meng ‘update’ blog ni namun Allah masih lagi member kesempatan ruang dan waktu untuk saya menulis lagi pada blog ini dan salah satu tujuan selain daripada ingin berkongsi ilmu saya juga dapat menghilangkan kebosanan.Sesunggunya,waktu atau masa itu amatlah berharga.
Tak rugi kalau kita mengisinya dengan pelbagai aktiviti ataupun sesuatau perkara yang berfaedah.Waktu yg terbuang adalah sangat berharga sehingga pepatah Melayu ada menyebut bahawa masa itu emas.Maknanya sukar untuk kita gambarkan bagaimana atau betapa mahalnya masa itu sehinggal tak terbelinya.Seperti yg kita sedia maklum,emas adalah sesuatu yang amat bernilai.Tetapi ia dianggap lebih rendah nilainya berbanding masa.Begitu rendahnya nilai emas jika nak dibandingkan dgn masa.Namun pada hari ini,tak semua orang begitu hargai masa mereka.Kerana apa?Kerana mereka tidak dapat melihat masa yang berlalu pergi itu dan mereka tidak tahu betapa berharganya masa itu dalam kehidupan setiap insan yang bergelar manusia.Jika seorang pelajar,masa itu boleh dimanfanfaatkan untuk mengulangkaji pelajaran dan beribadat kepada Allah.
Pernah sekali kita dengar rintihan dari beberapa pelajar dan kadang-kadang diri kita sendiri apabila hendak menduduki peperiksaan.Perasaan menyesal dikala itu mmg begitu terasa apatah lagi bagi kita insan yang terlalu muda untuk mengenal erti kehidupan ini.Jika kita sedar bahwa masa yang kita lalui pada saat ini bakal meninggalkan kita dan takkan kembali lagi,sudah tentu kita akan berusaha memanfaatkan masa itu dan memaksimakan segala amal ibadat kita.Umur kita semakin meningakat.Kita bukan semakin muda bahkan semakin tua.Jadi,beribadat dan beramalllah dengan segala ilmu yang kita pelajari pada hari ini kerna sudah tentu segala ilmu yang kita pelajari InsyaAllah akan bermanfaat di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment