Saya
mengucapkan sekalung tahniah buat semua anak-anak murid yang telah mendapat
keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah baru-baru ini.
Sesungguhnya, segala kecemerlangan yang telah diperoleh adalah sesuai dengan
usaha dan kemampuan yang anda telah lakukan. Segala persiapan yang telah anda
siapkan telah terbukti dengan terhasilnya kejayaan yang bakal mencerahkan lagi
masa depan anda sebagai seorang pelajar. Bukan itu sahaja, kecemerlangan ini
juga adalah dengan berkat guru-guru anda yang telah gigih berusaha dalam
memastikan anak-anak didik mereka berasa gembira dan teruja saat melihat
pencapaian yang telah mereka kecapi dalam peperiksaan yang telah mereka
tempuhi.
Tidak dilupakan bagi anak-anak murid yang tidak mendapat keputusan seperti
yang diharapkan agar tidak mudah berputus asa dan tidak lemah semangat dalam
mengejar cita-cita anda. Sebenarnya, ia adalah satu langkah dalam mengorak
kejayaan anda. Tidak cemerlang tidak beerti anda telah gagal tetapi ia
menunjukkan bahawa anda perlu berusaha lagi dan sentiasa meningkatkan prestasi
anda semasa belajar. Jangan jadikan ia adaah satu racun yang mana membuatkan
kita berasa lemah, malas dan tidak mahu untuk belajar lagi. Sebaliknya, jadikan
ia sebagai satu motivasi anda sebagai pendorong untuk memajukan lagi diri anda
dan ahkhir sekali, ia adalah satu pemacu atau pemangkin yang membantu anda
dalam mengorak langkah untuk menggapai impian anda.
Akhir kata,
ayuh kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan anugerahNya, kita
telah pon selamat menempuh alam persekolahan sekolah rendah dan berdoalah
semoga Allah memberikan kita hidayah dan cahaya ilmu yang berpanjangan dalam
menempuh alam persekolahan sekolah menengah. Setiap guru yang mendidik anda
adalah insan-insan yang berharga dan yang terpilih dalam mendidik anda menjadi
insan manusia yang berguna demi agama, bangsa dan negara.