Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Samsiah, Pensyarah Literasi Nombor atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga sekalung terima kasih saya ucapkan kepada rakan kumpulan saya iaitu Wan Mohammad Aliff Azizi atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Secara peribadinya, apa yang boleh saya katakan ialah saya telah menimba banyak ilmu yang berguna sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sebelum ini, saya memandang remeh akan topik statistik yang mana pada pendapat saya tidak penting dalam kehidupan seharian.
Melalui pemerhatian dan pengetahuan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini, topik statistik yang diperkenalkan dalam subjek Matematik amatlah penting dan tidak terkecuali, ianya juga teramatlah penting untuk dipelajari oleh guru. Sebagai seorang guru yang cemerlang, kita hendaklah tahu akan kegunaan statistik yang boleh diaplikasikan oleh dalam tugasan harian. Sebagai contoh, kita oleh gunakannya dalam proses menginterpretasi data mentah tentang markah kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan. Secara umumnya, perwakilan data dengan menggunakan histogram dan carta adalah lebih mudah dan tepat dalam menilai kecemerlangan para pelajar. Dengan menggunakan graf misalnya, kita dapat melihat pertambahan dan penurunan kadar markah para pelajar dengan lebih berkesan dan cepat serta mudah.


No comments:
Post a Comment