Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sekalung ucapan terima kasih
saya ucapkan kepada Puan Samsiah, Pensyarah Literasi Nombor atas nasihat dan
tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga sekalung terima kasih saya ucapkan
kepada rakan kumpulan saya iaitu Wan Mohammad Aliff Azizi atas kerjasama dan
tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Secara peribadinya, apa yang boleh saya katakan
ialah saya telah menimba banyak ilmu yang berguna sepanjang menyiapkan tugasan
ini. Sebelum ini, saya memandang remeh akan topik statistik yang mana pada
pendapat saya tidak penting dalam kehidupan seharian. Melalui pemerhatian dan pengetahuan
saya sepanjang menyiapkan tugasan ini, topik statistik yang diperkenalkan dalam
subjek Matematik amatlah penting dan tidak terkecuali, ianya juga teramatlah
penting untuk dipelajari oleh guru. Sebagai seorang guru yang cemerlang, kita
hendaklah tahu akan kegunaan statistik yang boleh diaplikasikan oleh dalam
tugasan harian. Sebagai contoh, kita oleh gunakannya dalam proses
menginterpretasi data mentah tentang markah kecemerlangan para pelajar dalam
peperiksaan. Secara umumnya, perwakilan data
dengan menggunakan histogram dan carta adalah lebih mudah dan tepat dalam
menilai kecemerlangan para pelajar. Dengan menggunakan graf misalnya, kita
dapat melihat pertambahan dan penurunan kadar markah para pelajar dengan lebih
berkesan dan cepat serta mudah.Kita juga dapat melihat statistik
juga turut digunakan dalam aspek ekonomi, politik dan social. Sebagai contoh
dari aspek ekonomi, kita boleh mewakilkan setiap data untuk melihat nilai
dagangan yang diperdagangkan sama ada semakin menaik atau merosot. Dari aspek politik pula, kita dapat
gunakan untuk melihat berapa undian yang dibuang terhadap para calon yang
bertanding dalam pilihanraya sebagai tanda sokongan. Begitu juga dari aspek
sosial dimana ia digunakan untuk melihat dan menilai sejauh mana kadar jenayah
yang berlaku disekitar kita. Dengan adanya pelan data yang lengkap dan mudah
dibaca, maka akan mudahlah segala urusan kita untuk melakukan suatu perubahan
atau untuk melakukan penilaian untuk meningkatkan lagi kemajuan yang sedia ada. Kesimpulannya, statistik merupakan
perkara atau topic yang amat penting sekali dalam kehidupan kita. Hal ini
adalah kerana ianya melengkapi dan membantu kita untuk menilai dan menginterpretasi
data dengan lebih berkesan dan tepat.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah dan kurnianya aku dapat siapkan juga semua assignment dengan lancar dan menepati tarikh hantar. First of all, i would like to thank all of my friends, especially members of Tesl 1... to my members group, Wan Abohs, Fadhil, Helmi and etc, thank you very much.. Walaupun da siap kan semua assignment, masih ada lagi projek (pameran) dan exam yang masih lagi menanti..hehe * pameran Literasi Bahasa- haishhh...masih belum siap lagi...haha...insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar. *exam - rasanya exam sem ni paling mencabar. Hurmmm, what ever it is, lets move on. Nothing can burden us until we accepting them and keep it mind.. Gambatte!!...
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menempuh UPSR ' kepada semua anak-anak pelajar yang turut serta mengambil ujian tersebut. Saya doakan yang terbaik buat anda dan jangan lupa lakukan yang terbaik demi kejayaan dan masa depan anda. Walaupun dapat saya tidak dapat menemani anda untuk masuk ke dewan peperiksaan , namun saya iringi doa yang berpanjangan semoga dipermudahkan segala urusan di dalam dewan itu nanti. Pesan saya, jangan lupa jaga hubungan dengan keluarga, sahabat handai, guru-guru dan yang paling penting sekali adalah jaga hubungan kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah pasti membalas dan memberi anugerah yang paling bahagia sesuai dengan usaha kita untuk mengecap kebahagiaan itu.