Thursday, February 28, 2013

Kalau Saya Jadi.......


( Copy Paste dari Facebook)….
Kalau saya jadi DJ, saya akan selalu sebut nama awak kat radio.

Kalau saya jadi DOKTOR, saya akan selalu merawat awak.

Kalau saya jadi PENYANYI, saya akan nyanyikan lagu untuk awak setiap hari.

Kalau saya jadi GURU, saya akan selalu ajar awak makna cinta.

Kalau saya jadi POLIS, saya akan selalu jaga awak dari orang jahat

Kalau saya jadi BOMBA, saya akan selalu padamkan api kemarahan awak

Kalau saya jadi LAWYER, saya akan selalu membela awak.

Kalau saya jadi ARKITEK, saya akan bina mahligai untuk awak

Kalau satu hari nanti saya TINGGALKAN awak,saya mesti suruh awak cari pengganti lain,sebab saya sayang awak dan saya tak nak awak merana.

# so sweet…hehe

Wednesday, February 27, 2013

ABM & BBM

ABM? BBM? Actually sama je...hehe... kalau ABM ( Alat Bantu Mengajar ), BBM ( Bahan Bantu Mengajar ).. Susahnya...haha... yelah, setiap bahan tu haruslah menarik dan yang paling penting pelajar suka. Bukan setakat pelajar, pensyarah yang ajar kita pon kena jugak suka bahan yang kita buat tuh. Kalau bahan yang kita buat tu dia tak suka, mmg tak la nak dapat markah tinggi2.. Silap2 kena 'redo' balik..haha.. Da banyak dah artikel dan blog yang saya surf kat internet tentang cara nak buat abm nih, ye la mana tau kot2 ada idea yang menarik dan fresh ke... hurmmm, dah asar nih.. jum solat....

Sunday, February 24, 2013

Program Merentas Desa 2013


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT , atas limpah dan kurniaNya , program Merentas Desa bagi tahun 2013 bagi IPG Kampus Dato Razali dan SK IPG KDRI telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih saya ucapkan buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam mlicinkan lagi program pada hari ini. Walaupun cuaca pada pagi tadi agak mendung , namun ia sedikit pon tidak melunturkan semangat kesukanan yang membara bagi menyertai program ini. Dengan semangat dan harapan untuk memberi mata kepada rumah masing-masing, semua peserta tidak berputus asa dan sentiasa memberikan kerjasama yang amt baik. Untuk program kali ini, saya bertindak sebagai pemandu arah bersama seorang lagi sahabat saya, Nur Zatil Hanan. Sesungguhnya, pengalaman ini amatlah saya hargai dan akan menjadi suatu ilmu yang berguna untuk saya apabila menjadi seorang guru kelak. hehe... Tak dilupakan kepada Hidayat Haniff yang bertindak menjadi pemandu kami, terima kasih ya... Berikut adalah senarai keputusan Program Merentas Desa 2013 :

Tempat Pertama : Rumah Hijau
Tempat Kedua : Rumah Merah
Tempat Ketiga : Rumah Biru
Tempat Keempat : Rumah Kuning

 # Tahniah diucapkan pada Rumah Hijau. InsyaAllah, cuba lagi Rumah Kuning...

Saturday, February 23, 2013

KALBU Seafood


  Alhamdulillah…hehe…bestnya makan seafood. Mungkin dating lewat, jadi sikit jelah juadah yang dapat dirasa. Kalau makan di tepi pantai memang best. Angin sepoi2, ramai budak2 berlari – lari. 
Ada yang sedang main layang-layang. Apa apa pun, memang best. Thanks Mosaic Ko a.k.a Dzul sebab bawak kami ( Faez Khedira a.k.a Cikgu Izzi dan Aliff Afify) makan seafood. 
Antara juadah yang kami pilih adalah :
  •    Ikan Selar Celup Tepung
  •    Udang Celup Tepung
  •  Sotong Celup Tepung
  • Ikan Pari/ Bawal Celup Tepung
  •   Ais Batu Campur ( ABC)
  •    Bebola Ikan
  • Semuanya fresh dan sedap dimakan. 


Friday, February 15, 2013

Tip-tip atasi kekecewaan





Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melihat indahnya dunia ini, untuk menghirup udara segar yang mana merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan masih lagi diberi peluang untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Mudah- mudahan segala apa yang kita kerjakan mendapat berkat dan redhaNya. Amin..
Hari ini saya akan berkongsi tip-tip untuk menghilangkan rasa kecewa. Pertama sekali, kita harus tahu apa itu kecewa? Kecewa adalah suatau perasaan yang mana kita telah putus harapan terhadap sesuatu perkara. Kecewa adalah suatu perasaan yang mana hati dan perasaan kita mengganggu fikiran supaya tidak lagi memandang sesuatu dengan perasaan yang indah, namun sebaliknya membawa perasaan yang indah menjadi rosak dan negatif. Maka kita dapat simpulkan bahawa, kecewa ini adalah suatu perasaan yang negatif yang mana jika makin dilayan, makin menjadikan hati dan perasaan kita sedih dan lemah semangat. Oleh yang demikian, sifat dan perasaan kecewa itu haruslah diubat dengan berhati-hati agar tidak merosakkan hati dan fikiran kita.
Antara tip-tip untuk mengubati kekecewaan adalah:

1)  Yakin dan percaya setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah. Maka kita sebagai hambaNya haruslah menerima dengan penuh ikhlas dan yakin bahawa ada hikmah di sebalik semua ini. Namun jangan salah sangka, bila sesuatu telah berlaku, sebagai contoh gagal dalam peperiksaan, kita hanya menyatakan kita redha dan ikhlas atas ketetapan Allah tanpa berusaha apa-apa. Itu salah! Bila kita kata kita redha dan ikhlas bererti kita berusaha untuk melakukan perubahan yang lebih baik.
2)  Semak hubungan kita dengan Allah dan manusia. Jika kita baik dengan Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita. Jika kita baik dengan manusia, nescaya kita tidak lagi perlu memikirkan yang kita bermusuh dengan dia, dia dan dia. Jika kita punya musuh, hati pun tidak tenang. Maka jagalah hubungan dengan Allah dan manusia.

3)  Motivasikan diri. Baca buku yang ada kata-kata semangat atau motivasi. Kalau tak nak atau malas sangat cari video yang mana kita yakin dapat membantu kita untuk menaikkan kembali semangat kita. Sebagai contoh, banyak video motivasi di you tube yang dapat membantu kita menaikkan kembali semangat yang hilang.
4)  Dengar muzik. Muzik dapat menenangkan jiwa. Jika kena pada cara dan muziknya, maka cara ini berkesan. Cari muzik yang dapat membelai perasaan kita, tak semestinya muzik tu muzik yang berbentuk motivasi dan sebagainya. Kadangkala bila kita dengar suara penyanyi yang kita minat pon boleh membantu menenangkan kembali perasaan kita.
5)  Set kan target untuk kembali berjaya. Kebanyakan mereka yang berjaya sekarang bangkit dari kegagalan yang telah mereka hadapi sebelum ini. Maka kita juga adalah salah seorang yang bakal berjaya namun masih belum dibuka ruang. Maka set kan target dan buka ruang untung berjaya. Kalau orang berjaya, aku juga nak berjaya. Kalau orang mampu melakukan itu, set kan dalam minda aku juga MAMPU !
6)  Suaikan segala usaha dengan kemampuan diri. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Dia mungkin boleh lakukan ini, kita tak boleh. Dia mungkin tidak boleh melakukan ini, tapi kita Boleh!..
7)  Doa dan tawakkal. Sesudah kita berusaha dan apa –apa sahajalah, jangan lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Ingat, kita adalah hamba yang hanya mampu berusaha dan merancang, namun Allah jualah yang menentukan.