Alhamdulillah,
syukur kehadrat Allah SWT, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT
untuk melihat indahnya dunia ini, untuk menghirup udara segar yang mana
merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan masih lagi diberi
peluang untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Mudah- mudahan segala apa yang
kita kerjakan mendapat berkat dan redhaNya. Amin..
Hari ini
saya akan berkongsi tip-tip untuk menghilangkan rasa kecewa. Pertama sekali,
kita harus tahu apa itu kecewa? Kecewa adalah suatau perasaan yang mana kita
telah putus harapan terhadap sesuatu perkara. Kecewa adalah suatu perasaan yang
mana hati dan perasaan kita mengganggu fikiran supaya tidak lagi memandang
sesuatu dengan perasaan yang indah, namun sebaliknya membawa perasaan yang
indah menjadi rosak dan negatif. Maka kita dapat simpulkan bahawa, kecewa ini
adalah suatu perasaan yang negatif yang mana jika makin dilayan, makin
menjadikan hati dan perasaan kita sedih dan lemah semangat. Oleh yang demikian,
sifat dan perasaan kecewa itu haruslah diubat dengan berhati-hati agar tidak
merosakkan hati dan fikiran kita.
Antara
tip-tip untuk mengubati kekecewaan adalah:
1) Yakin dan
percaya setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah. Maka kita sebagai
hambaNya haruslah menerima dengan penuh ikhlas dan yakin bahawa ada hikmah di
sebalik semua ini. Namun jangan salah sangka, bila sesuatu telah berlaku,
sebagai contoh gagal dalam peperiksaan, kita hanya menyatakan kita redha dan
ikhlas atas ketetapan Allah tanpa berusaha apa-apa. Itu salah! Bila kita kata
kita redha dan ikhlas bererti kita berusaha untuk melakukan perubahan yang
lebih baik.
2) Semak
hubungan kita dengan Allah dan manusia. Jika kita baik dengan Allah, maka Allah
akan permudahkan segala urusan kita. Jika kita baik dengan manusia, nescaya
kita tidak lagi perlu memikirkan yang kita bermusuh dengan dia, dia dan dia.
Jika kita punya musuh, hati pun tidak tenang. Maka jagalah hubungan dengan
Allah dan manusia.
3) Motivasikan
diri. Baca buku yang ada kata-kata semangat atau motivasi. Kalau tak nak atau
malas sangat cari video yang mana kita yakin dapat membantu kita untuk
menaikkan kembali semangat kita. Sebagai contoh, banyak video motivasi di you
tube yang dapat membantu kita menaikkan kembali semangat yang hilang.
4) Dengar muzik.
Muzik dapat menenangkan jiwa. Jika kena pada cara dan muziknya, maka cara ini
berkesan. Cari muzik yang dapat membelai perasaan kita, tak semestinya muzik tu
muzik yang berbentuk motivasi dan sebagainya. Kadangkala bila kita dengar suara
penyanyi yang kita minat pon boleh membantu menenangkan kembali perasaan kita.
5) Set kan
target untuk kembali berjaya. Kebanyakan mereka yang berjaya sekarang bangkit
dari kegagalan yang telah mereka hadapi sebelum ini. Maka kita juga adalah
salah seorang yang bakal berjaya namun masih belum dibuka ruang. Maka set kan
target dan buka ruang untung berjaya. Kalau orang berjaya, aku juga nak
berjaya. Kalau orang mampu melakukan itu, set kan dalam minda aku juga MAMPU !
6) Suaikan segala
usaha dengan kemampuan diri. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Dia
mungkin boleh lakukan ini, kita tak boleh. Dia mungkin tidak boleh melakukan
ini, tapi kita Boleh!..
7) Doa dan
tawakkal. Sesudah kita berusaha dan apa –apa sahajalah, jangan lupa untuk
berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Ingat, kita adalah hamba yang hanya mampu
berusaha dan merancang, namun Allah jualah yang menentukan.
6) Suaikan segala
usaha dengan kemampuan diri. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Dia
mungkin boleh lakukan ini, kita tak boleh. Dia mungkin tidak boleh melakukan
ini, tapi kita Boleh!..
No comments:
Post a Comment