Sunday, March 31, 2013

PBS 3 - SK Geting


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya PBS untuk kali ke-3 ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah……
Untuk PBS kali ini, saya memilih sebuah sekolah yang bernama SK Geting yang letaknya hampir dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting ( sekolah menengah saya ).  Alhamdulillah, secara keseluruhannya, sekolah ini memang bagus dan semua warganya memang best, baik dan sporting.
Bila bercakap tentang pihak pentadbir, seronok sangat sebab banyak info yang akan kita dapat. Tak kiralah sama ada info itu berkaitan dengan maklumat kerja kursus atau sebagainya.
 Begitu juga dengan guru- guru yang mana banyak membantu dan memberi kata- kata semangat dan apa yang rasional yang kita perlukan semasa mengajar murid- murid luar Bandar. Semestinya, ianya sememangnya sesuatu yang amat baru dan berharga kepada saya, bakal pendidik ini. Amin….

Sepanjang berada di sana, saya berpeluang untuk memerhati atau memantau cara- cara cikgu yang berpengalaman mengajar dan tidak kurang juga dapat beramah mesra dengan para pelajar. Antara kelas yang paling banyak saya perhatikan adalah kelas 3 Jaya, 3 Tekun dan 4 Tekun.
Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya sepanjang saya berada di SK Getting. Ucapan ini saya tujukan khas buat pihak pentadbir kerana banyak membantu saya dan Miss Sameena, guru English SK Geting atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.
p/s: Alhamdulillah, berpeluang untuk bersama dengan pelajar UPSR…

Monday, March 4, 2013

BIG - Baitul Cakna


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya , saya dan rakan-rakan PISMP TESL 1 SEM 3 telah dapat melaksanakan Program Bina Insan Guru ( BIG) dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu melaksanakan program ini. Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada pihak Baitul Cakna atas kesudian untuk menerima pihak kami bagi menjalankan aktiviti ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Mohd Fadhil Badli ( Pengarah Program BIG) untuk kali ini. Sesungguhnya, program kali ini benar-benar memberikan nilai-nilai yang istimewa dan insyaAllah akan membantu kami dalam profesyen perguruan ini.
# Jum tengok gambar-gambar dibawah….