Sunday, March 31, 2013

PBS 3 - SK Geting


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya PBS untuk kali ke-3 ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah……
Untuk PBS kali ini, saya memilih sebuah sekolah yang bernama SK Geting yang letaknya hampir dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting ( sekolah menengah saya ).  Alhamdulillah, secara keseluruhannya, sekolah ini memang bagus dan semua warganya memang best, baik dan sporting.
Bila bercakap tentang pihak pentadbir, seronok sangat sebab banyak info yang akan kita dapat. Tak kiralah sama ada info itu berkaitan dengan maklumat kerja kursus atau sebagainya.
 Begitu juga dengan guru- guru yang mana banyak membantu dan memberi kata- kata semangat dan apa yang rasional yang kita perlukan semasa mengajar murid- murid luar Bandar. Semestinya, ianya sememangnya sesuatu yang amat baru dan berharga kepada saya, bakal pendidik ini. Amin….

Sepanjang berada di sana, saya berpeluang untuk memerhati atau memantau cara- cara cikgu yang berpengalaman mengajar dan tidak kurang juga dapat beramah mesra dengan para pelajar. Antara kelas yang paling banyak saya perhatikan adalah kelas 3 Jaya, 3 Tekun dan 4 Tekun.
Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya sepanjang saya berada di SK Getting. Ucapan ini saya tujukan khas buat pihak pentadbir kerana banyak membantu saya dan Miss Sameena, guru English SK Geting atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.
p/s: Alhamdulillah, berpeluang untuk bersama dengan pelajar UPSR…

No comments:

Post a Comment