Maaf, merajuk sememangnya menjadi
budaya sesetengah orang. Apabila kita terasa hati dengan dia, kita mudah untuk
merajuk, “ Saya tak nak cakap dengan dial ah”, “ Saya tak nak ajak dia lah” dan
macam- macam lagi.
Jika kita perhalusi, sememangnya ianya
merupakan suatu yang agak janggal. Mana mungkin kita sanggup melakukan perkara
ini pada sahabat kita. Mana mungkin kita mahu memperlakukan sahabat kita
sedemikian.
Maka kita kata, tak lengkap kisah
hidup seseorang itu tanpa seorang teman. Kadang kala, kita perlu selidiki apa
yang kita yang lakukan. Cuba check apakah masalah yang timbul sebenarnya. Bukan
lakukan sesuatu yang menjadikannya makin besar menjadi masalah.
Jika
dia bersalah, maka maafkanlah. Jika yang salah maka minta maaflah. Takkan
pernag kurang suatu dari kita jika minta maaf dari orang lain.
No comments:
Post a Comment