Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah
SWT kerana dengan izinnya saya berpeluang untuk menyiapkan tugasan Bulan Sabit
Merah Malaysia ini. Sesungguhnya tugasan ini banyak memberikan ilmu- ilmu yang
berguna yang mana akan saya cuba aplikasikan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran nanti.
Ucapan terima kasih ini saya tujukan
khas kepada para pensyarah penasihat iaitu Tuan Haji Yusof dan Tuan Haji Yunus
dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan yang
diberikan. Ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan ada semua ahli kumpulan
saya yang bertungkus lumus dan saling bekerjasama dalam memberikan komitmen
dalam menyiapkan tugasan ini.
Antara kekuatan yang dapat saya
peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat menimba banyak ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan istiadat. Sebelum ini, saya mungkin tidak
faham akan hal-hal yang berkaitan dengan istiadat. Antaranya ialah istiadat
perhimpunan, istiadat menaik, istiadat lencana, istiadat bendera dan
sebagainya.
Kekuatan kedua adalah melalui tugasan
ini, saya dapat mengeratkan hubungan semangat setiakawan antara ahli kumpulan.
Dalam tugasan ini, ianya memerlukan kesepakatan dan semangat berpasukan yang
tinggi. Alhamdulillah, melalui tugasan ini, hubungan kami sebagai ahli pasukan
semakin erat yang mana kami sering duduk berbincang tentang format dan cara
bagaimana istiadat itu dilaksanakan.
Sudah menjadi lumrah, bila ada
kekuatan, sudah pastinya ada juga kelemahannya. Antara kelemahan yang saya
telah kenal pasti adalah kurangnya bahan bacaan yang dijadikan bahan rujukan
dalam menyiapkan tugasan ini.
Kelemahan kedua adalah kurangnya sifat
bertanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya kurang bertanya kepada rakan-rakan
sepasukan mengenai tugasan yang saya siapkan. Saya lebih memilih untuk siapkan
kerja dengan cara yang betul melalui kaca mata sendiri, bukan cara yang
ditetapkan oleh ahli pasukan dan pensyarah penasihat.
Antara penambahbaikan yang boleh
dilaksanakan adalah saya perlu mempelbagaikan lagi sumber bahan rujukan. Walaupun
masa agak terbatas, saya masih lagi perlu mencari sumber rujukan lain bagi
membolehkan saya menyiapkan tugasa ini dengan sempurna .
Penambahbaikan yang kedua adalah saya
perlu mempunyai sikap bertanggungjawab. Saya perlulah bertanya pada ahli
kumpulan saya jika ada perkara yang saya rasa perlu dibincangkan bagi
memastikan hasil tugasan kami memuaskan.
Kesimpulannya, tugasan ini telah dapat
memberikan saya banyak ilmu pengetahuan yang berguna yang mana akan saya
gunakan semasa menjadi guru disekolah nanti.
No comments:
Post a Comment