Tuesday, June 18, 2013

Permulaan Sem 4….


Permulaan Sem 4….
 
Teringat gambar lama- Kem Kembara
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana akhirnya debaran untuk menunggu keputusan peperiksaan akhir semester 3 telah pun berakhir. Walaupun tidak mendapat pointer yang terbaik, namun keputusan yang amat memuaskan. Sudah lulus pun sudah dikira bernasib baik. Alhamdulillah.
Bermulanya sem baru ini, kekurangan dapat dirasakan apabila Hafiza Husna, Auni, Syafiq dan Hafizi tak dapat bersama lagi dalam “ Family Tesl 1”. Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan dan aku berharap agar mereka dapat belajar dengan selesa, tenang dan istiqamah. Moga segala urusan mereka dipermudahkan olehNya.

Ucapan selamat maju jaya kepada Ayie Nasir, Faez, Helmi dan juga Apit kerana telah terpilih untuk menjadi Ketua Unit yang baru bagi menggantikan sahabat mereka sebelum ini. Semoga kalian semua menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa dalam usaha menjadikan kelas anda adalah kelas yang terbaik. 

Sunday, June 9, 2013

Perkahwinan Puan Amrien ( Ex Tutor PPISMP Sem 1)


Bismillah… saya dan keluarga mengucapkan “ Selamat Pengantin Baru” kepada Puan Amrien Hamila ( bekas tutor TESL 3 PPSIMP Sem 1). Dengan tarikh keramat 2 Jun 2013, majlis diadakan dengan penuh meriah di kediaman Puan Amrien. Majlis ini disertai oleh para pelajar seperti Ayie Nasir, Zafruddin Zaili, Haikal Ngah, Aizuddin Rojalai, Pachi , Anep, Onaqo dan Muzark. Bukan itu sahaja, beberapa orang pensyarah turut hadir menyerikan majlis. Antaranya ialah Puan Sakhiyyah, Puan Che Aziah dan Puan Zainab.
Saya meminta ribuan kemaafan kerana tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
p/s: semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.. amin…