Tuesday, June 18, 2013

Permulaan Sem 4….


Permulaan Sem 4….
 
Teringat gambar lama- Kem Kembara
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana akhirnya debaran untuk menunggu keputusan peperiksaan akhir semester 3 telah pun berakhir. Walaupun tidak mendapat pointer yang terbaik, namun keputusan yang amat memuaskan. Sudah lulus pun sudah dikira bernasib baik. Alhamdulillah.
Bermulanya sem baru ini, kekurangan dapat dirasakan apabila Hafiza Husna, Auni, Syafiq dan Hafizi tak dapat bersama lagi dalam “ Family Tesl 1”. Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan dan aku berharap agar mereka dapat belajar dengan selesa, tenang dan istiqamah. Moga segala urusan mereka dipermudahkan olehNya.

Ucapan selamat maju jaya kepada Ayie Nasir, Faez, Helmi dan juga Apit kerana telah terpilih untuk menjadi Ketua Unit yang baru bagi menggantikan sahabat mereka sebelum ini. Semoga kalian semua menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa dalam usaha menjadikan kelas anda adalah kelas yang terbaik. 

No comments:

Post a Comment