Tahun akhir, rasa macam gembira + sedih. Gembira sebab dah berada pada semester akhir. Sedih sebab akan berpisah dengan sahabat-sahabat. Bak kata pepatah, " Setiap pertemuan pasti ada perpisahan". Mungkin itu sudah menjadi lumrah.
Namun begitu, kita pasti akan merasai nikmatnya kehidupan ini apabila kita telah bertemu dengan namanya redha dalam semua perkara. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap apa yang terjadi pasti diaturNya dengan sebuah nikmat yang membahagiakan.
Maka untuk itu, jadilah seorang yang benar-benar redha dan menerima setiap apa yang berlaku dengan lapang. Untuk sahabat-sahabat, selamat berpraktikum akhir. Nikmatilah setiap rentak masa yang diberikan dengan baik. Apa yang kita bakal harungi ini nanti pasti mengukir kenangan yang terindah kerana disinilah perjuangan kita hampir 5 tahun setengah bermula dan hampir tamat.
Moga dengan izinNya, setiap apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah S.W.T.
p/s: Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, please be nice to me. huhu
No comments:
Post a Comment