Sifat pemaaf merupakan salah satu sifat yang mahmudah, yakni sifat yang terpuji. Menurut suatu sumber, ada dinyatakan bahawa sifat memberi maaf dan memaafkan adalah suatu kenikmatan. Apa tidaknya, sekiranya seseorang itu melahirkan sifat maaf, maka seluruh jiwa dan raganya menjadi tenang. Hilang rasa dendamnya! Hilang rasa cemburu dan iri hatinya ! Hilang rasa pahit dan kecewa ! Wahhhh! Begitu hebat sekali kesan dari sifat pemaaf tadi. Bahkan , kita sendiri pernah dipesan oleh Rasulullah agar sentiasa menjadi seorang yang pemurah dengan sifat maaf. Perlu diingatkan bahawa, jiwa yang tenang, hati yang bersih dan fikiran yang jernih datangnya daripada perbuatan kita yang baik. Maka kita lihat sekali lagi, maaf adalah suatu sifat yang terbaik untuk dijadikan amalan seterusnya menjadi sifat yang sebati dalam diri kita. Tidak mudah untuk mengawal diri dan emosi kita untuk menjadi seorang yang pemaaf kerana syaitan tidak akan pernah berdiam diri untuk terus mencuba menyesatkan dan mengganggu kotak pemikiran anak anak Adam sehingga mengikut kehendak mereka .
Makanya, kita perlulah berhati-hati dan setiap amalan yang kita lakukan, jangan biarkan emosi marah, cemburu dan dendam menjadi suatu faktor yang mengheret kita menjadi seorang yang pemarah, hilang sabar dan sebagainya. Maka sesuai dengan itu, latihlah diri menjadi orang yang sabar dan sentiasa bersedia untuk memaafkan setiap kesalah orang terhadap kita. Memang, kadang-kadang, ianya perit untuk kita telan, namun begitu, siapalah kita untuk menjadi hakim untuk memghakimi mereka sebegitu rupa dan ingatlah segala amal perbuatan kita sentiasa dilihat dan dinilai oleh Allah S.W.T.
Monday, July 16, 2012
Sunday, July 15, 2012
Untuk menjadi yang terbaik, maka kita perlu mulakan langkah yang terbaik...
Assalamualaikum...
Untuk menjadi yang terbaik, maka kita perlu mulakan langkah yang terbaik.
Jika seorang guru inginkan dirinya menjadi seorang pendidik yang terbaik, maka dia perlulah mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran itu dengan kaedah dan langkah yang terbaik.
Jika seorang pelajar ingin menjadi pelajar yang terbaik maka dia perlulah mulakan setiap langkahnya dengan sifat orang yang benar-benar inginkan kejayaan.
Untuk menjadi yang terbaik bukanlah suatu yang senang namun ianya pula bukanlah suatu yang mustahil. Orang lain boleh, kenapa tidak kita? Orang lain berjaya, mengapa tidak kita pon berjaya? Orang lain bahagia, mengapa tidak kita berusaha untuk menjadi bahagia?
Untuk mencapai suatu kemenangan atau kejayaan, kita perlu lakukan pengorbanan.
Jika seorang guru, anda perlu korbankan masa terluang anda dengan berusaha untuk mencari sesuatu yang anda dapat lakuakan untuk memperbaiki diri anda sebelum memperbaiki orang lain yakni murid- murid. Sebagai contoh, sekiranya ada waktu terluang, kita boleh gunakan masa tersebut untuk memikirkan pelbagai cara atau teknik baru untuk menarik minat para pelajar.
Jika anda seorang pelajar pula, anda perlulah korbankan masa anda untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sebagai contoh, kurangkan waktu anda bermain, menonton televisyen , facebook dan sebagainya. Tidak salah untuk anda melakukan semua itu tapi kita perlu berkorban dengan mengurangkan masa untuk melakukan semua itu. Isilah masa anda yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah yang diyakini mampu membantu dan memperbaiki segalan kelemahan diri.

Wednesday, May 2, 2012
Silent! Silent! & Silent
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi , akhirnya doaku dimakbulkan juga..hurmmm, bukan apa, kalau kita hidup dalam keadaan gelisah ni, macam2 boleh jadi. "Serabut", "Pening" dan lain2... Last2 jadi angau tak tentu pasal..haha... nasib baiklah all the things berjalan lancar and no need for me to give a higher expectation. Kalau kita ada kesalahan, seeloknya kita minta maaf pada orang yang mungkin kita rasa, kita banyak buat salah . Bukan apa, setidaknya, ia dapat menjadi kafarrah dosa kita. Setiap manusia pasti akan melakukan banyak kesilapan, hanya Rasul dan Nabi sahaja yang maksum. Kadang kala, kesalahan kecil yang kita lakukan akan menjadi besar jika kita tidak dapat mengawal perasaan. Setiap manusia sememangnya tidak lari dari perasaan marah, takut, gelisah, panas baran, ceria dan sebagainya kerana ianya sememangnya menjadi lumrah kehidupan manusia. Mengawal perasaan amat penting dalam situasi semasa kita sedang marah. Percaya atau tidak, kadang kala seseorang itu akan melakukan sesuatu perkara diluar kawalan mereka. Apa tidaknya,bila perasaan dah menguasai diri, dia seakan-akan tidak dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Tiada lagi soal rasional dalam perbuatan . hehehehe...
*p/s: memandai ja aku nih...tetiba lak dah jadi baik
*p/s: memandai ja aku nih...tetiba lak dah jadi baik
Saturday, April 28, 2012
Kem Kembara Resort
Alhamdulillah, pada 19 hingga 21 April baru-baru ini, saya dan rakan-rakan dari kelas PISMP TESL 1 telah menjalankan suatu aktiviti tutorial bersama tutor kami iaitu Mr Dzaki di KeM Kembara Resort , Pantai Peranginan Merang, Setiu, Terengganu. Suasana di sini memang best dan natural . Pelbagai aktiviti kami adakan seperti:
Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan penuh dengan riang ria. Ucapan terima kasih saya tujukan khas buat semua rakan-rakan kerana telah berjaya melicinkan perjalanan program ini. Segunung terima kasih diucapkan kepada Mr Dzaki kerana sudi hadir untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Walaupun hanya 3 hari 2 malam, namun saya amat yakin bahawa ikatan silaturrahim yang terjalin antara kami semakin utuh dan erat. Harapan saya agar aktiviti ini akan diadakan lagi bagi terus melahirkan semangat jati diri, kepimpinan disamping mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
- bola beracun
- war(baling belon berwarna)
- bola tampar
- futsal
- campfire
- aktiviti bertukar-tukar hadiah
- BBQ
Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan penuh dengan riang ria. Ucapan terima kasih saya tujukan khas buat semua rakan-rakan kerana telah berjaya melicinkan perjalanan program ini. Segunung terima kasih diucapkan kepada Mr Dzaki kerana sudi hadir untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Walaupun hanya 3 hari 2 malam, namun saya amat yakin bahawa ikatan silaturrahim yang terjalin antara kami semakin utuh dan erat. Harapan saya agar aktiviti ini akan diadakan lagi bagi terus melahirkan semangat jati diri, kepimpinan disamping mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
Thursday, April 26, 2012
so weird!!

it sounds silly but I've to tell you this.. sometimes, you are quite okay and good for certain things but when it comes to be patient, it some sort of the hard thing that you can think of.. Maybe, that is your style to look like that...
* as u wish but remember, not all people can understand . Hurmmm...
Wednesday, April 18, 2012
Hey Mr! and Mrs! Assignment
![]() |
| whoaa...kecik2 da pandai facebook nih..hehe |
1st time untuk 2o12
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak bergelar pelajar maktab ni, meman selalu juak busy... Hiashhh... *rasanya aku je yang buat2 sibuk...haha... dapat masuk sem 1 degree ni pun da kira syukur sangat-sangat . Dalam duk sibuk-sibuk buat kerja, ni la rasanya first tahun 2012 aku dapat update blog nih.. hehe... agio0ssss
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)