Thursday, April 25, 2013

Rakaman Muzika Raya 2013 - RTM Terengganu fm


Program Muzikal Raya 2013 ( RTM) ( 21 April 2013)
           
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Program Muzikal Raya 2013 anjuran RTM Terengganu dan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
            Program ini adalah julung kali diadakan bagi memenuhi rakaman Hari Raya yang akan dating. Bertempat di Dewan al Farabi, majlis berjalan dengan penuh meriah dengan kehadiran beberapa artis- artis terkenal tanah air seperti Azlan & The Typewriters, Zamani Slam, Azza ( Bintang P Ramlee) , Mat Over dan beberapa pelajar IPG KDRI. 
            Majlis diserikan lagi dengan kepetahan DJ Terengganu fm sepanjang mengacarakan program muzikal ini.  Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga berjumpa dan melihat sendiri bagaimana Dj kesayangan saya iaitu Kak Chik mengacarakan majlis tersebut. Bagi saya, Kak Chik merupakan seorang Dj yang amat berbakat besar dalam menghiburkan masyarakat, penonton dan pendengar. Hal ini kerana beliau mempunyai suara yang agak lunak dan kefasihannya dalam berkata- kata dalam loghat Terengganu.
            Sesungguhnya, program ini adalah yang terbaik yang telah dilakukan sepanjang kolaborasi RTM dan IPG KDRI. Saya berharap agar program ini akan terus diadakan lagi pada masa hadapan. 

Tuesday, April 16, 2013


Nak menipu pon, ada caranya. Kadang kala kita sangka orang tak tahu yang menipu, padahal mereka dah pon lama tahu yang semua itu adalah tipuan semata- mata. Sebenarnya, kenapa kita nak menipu? Tak salahkan kalau kita beritahu cerita yang sebenar? Ke ada orang marah kita beritahu hal yang sebenar? Tak kan? Macam pelik plak bila kita dah tahu dia buat ni dan itu tapi masih lagi nak selindungkan diri yang dia tak buat pon. Padahal terang-terang orang Nampak benda tuh. Bukan nak marah sangat tapi kalau boleh tolong jujur sebab bila orang tahu anda berbohong, susah orang nak faham dan nak percaya kita lagi dah.

Saturday, April 13, 2013

Jarak Bukanlah Suatu Masalah.............


" Jarak bukanlah suatu masalah,
Jika dua hati saling setia antara satu sama lain”
          
  Bila kita sudah jatuh hati pada seseorang, tak kira dimana si dia berada, anda pasti akan teringat- ingat akan dia. Bila hati dah sayang, tak kira apa yang telah dia lakukan, hati kita akan mudah untuk kembali memaafkan.

            Bila bercakap tentang jarak yang memisahkan antara dua insane yang bercinta, sebenarnya ia tidak akan pernah sesekali berlaku jika dua hati saling setia antara satu sama lain. Jika si lelaki hanya buka hati dan cintanya untuk seorang wanita sahaja, maka dia akan tetap setia pada orang itu. Jika dia banyak membuka ruang- ruang kosong dalam hatinya untuk diisi oleh orang lain, maka dia akan dapati bahawa jarak itu akan menjadi penyebab yang punca utama yang dipersalahkan jika kita ditangkap curang.
            Jadi,tidak kira dimana anda berada, dimana si dia berada, ayuh bersama mendoakan agar dia sentiasa sihat, soleh dan solehah dan menjadi bakal peneman hidup yang akan menjadi teman sehidup dan semati.

Wednesday, April 10, 2013

“Ya Allah, kurniakanlah padaku fikiran yang tenang dan perasaan yang nyaman. Hilangkanlah kegelisahan dalam setiap sendiku…amin…”



Kenapa kusut sangat ni? Ke aku ada buat silap atau aku ada buat sesuatu yang aku sendiri pon tak sedar? Mungkin ni adalah satu permainan hati.
Tapi siapa yang nak kalau hati tu tak tenang. Rasa nak marah dan serabut sangat-sangat. Kalau nak marah, marah sebab apa? Kalau serabut, serabut sebab apa? Tak ada sebab pon sebabnya nak marah, sedih dan serabut tetapi perasaan itu wujud jugak.
Macam mana ni? Kalau fikirkan balik, tak ada guna pon kalau fikir terus menerus, Tak ada faedah. Tapi macam mana nak hilangkan perasaan ni? Ya Allah, batulah hambaMu ini.

·         Aku kena tenangkan diri aku dulu
·         Jangan mudah nak marah dan tahan rasa marah tuh
·         Jangan cepat menuduh orang lain
·         Buat sesuatu atau sibukkan diri yang mana membuatkan kita selesa dan gembira
·         Sentiasa senyum
Dan yang paling penting adalah berdoa kepada Allah

Thursday, April 4, 2013

To My Dearest Junior ( PBS 1 PISMP SEM 1))




Assalamualaikum...
Today is the last day for those who are having their PBS around Kedah, Kelantan and Terengganu. Congratulations to all of you. Although this is your firs PBS, but you guys manage to do it well. So, for this time being, why not we reflect ourselves of what we have learnt during we were in school and what were the things that you have done. 
To those who still have the last day tomorrow, good luck and do the best. It is not for the school only but it is for you and your life. So, try to get along with the teachers and the pupils.Anyways, whatever it is, hope you guys really enjoy your first PBS and do keep in touch with the teachers and pupils there.