Saturday, April 13, 2013

Jarak Bukanlah Suatu Masalah.............


" Jarak bukanlah suatu masalah,
Jika dua hati saling setia antara satu sama lain”
          
  Bila kita sudah jatuh hati pada seseorang, tak kira dimana si dia berada, anda pasti akan teringat- ingat akan dia. Bila hati dah sayang, tak kira apa yang telah dia lakukan, hati kita akan mudah untuk kembali memaafkan.

            Bila bercakap tentang jarak yang memisahkan antara dua insane yang bercinta, sebenarnya ia tidak akan pernah sesekali berlaku jika dua hati saling setia antara satu sama lain. Jika si lelaki hanya buka hati dan cintanya untuk seorang wanita sahaja, maka dia akan tetap setia pada orang itu. Jika dia banyak membuka ruang- ruang kosong dalam hatinya untuk diisi oleh orang lain, maka dia akan dapati bahawa jarak itu akan menjadi penyebab yang punca utama yang dipersalahkan jika kita ditangkap curang.
            Jadi,tidak kira dimana anda berada, dimana si dia berada, ayuh bersama mendoakan agar dia sentiasa sihat, soleh dan solehah dan menjadi bakal peneman hidup yang akan menjadi teman sehidup dan semati.

No comments:

Post a Comment