Tuesday, May 21, 2013

Refleksi BSSM ( Tugasan Kerja Kursus Pendek)



Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya saya berpeluang untuk menyiapkan tugasan Bulan Sabit Merah Malaysia ini. Sesungguhnya tugasan ini banyak memberikan ilmu- ilmu yang berguna yang mana akan saya cuba aplikasikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran nanti.

Ucapan terima kasih ini saya tujukan khas kepada para pensyarah penasihat iaitu Tuan Haji Yusof dan Tuan Haji Yunus dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan ada semua ahli kumpulan saya yang bertungkus lumus dan saling bekerjasama dalam memberikan komitmen dalam menyiapkan tugasan ini.
Antara kekuatan yang dapat saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat menimba banyak ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan istiadat. Sebelum ini, saya mungkin tidak faham akan hal-hal yang berkaitan dengan istiadat. Antaranya ialah istiadat perhimpunan, istiadat menaik, istiadat lencana, istiadat bendera dan sebagainya.
Kekuatan kedua adalah melalui tugasan ini, saya dapat mengeratkan hubungan semangat setiakawan antara ahli kumpulan. Dalam tugasan ini, ianya memerlukan kesepakatan dan semangat berpasukan yang tinggi. Alhamdulillah, melalui tugasan ini, hubungan kami sebagai ahli pasukan semakin erat yang mana kami sering duduk berbincang tentang format dan cara bagaimana istiadat itu dilaksanakan.

Sudah menjadi lumrah, bila ada kekuatan, sudah pastinya ada juga kelemahannya. Antara kelemahan yang saya telah kenal pasti adalah kurangnya bahan bacaan yang dijadikan bahan rujukan dalam menyiapkan tugasan ini.
Kelemahan kedua adalah kurangnya sifat bertanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya kurang bertanya kepada rakan-rakan sepasukan mengenai tugasan yang saya siapkan. Saya lebih memilih untuk siapkan kerja dengan cara yang betul melalui kaca mata sendiri, bukan cara yang ditetapkan oleh ahli pasukan dan pensyarah penasihat.
Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah saya perlu mempelbagaikan lagi sumber bahan rujukan. Walaupun masa agak terbatas, saya masih lagi perlu mencari sumber rujukan lain bagi membolehkan saya menyiapkan tugasa ini dengan sempurna .
Penambahbaikan yang kedua adalah saya perlu mempunyai sikap bertanggungjawab. Saya perlulah bertanya pada ahli kumpulan saya jika ada perkara yang saya rasa perlu dibincangkan bagi memastikan hasil tugasan kami memuaskan.

Kesimpulannya, tugasan ini telah dapat memberikan saya banyak ilmu pengetahuan yang berguna yang mana akan saya gunakan semasa menjadi guru disekolah nanti.

Sem 3 ( Penuh dengan ujian)


Bismillah,
Alhamdulillah, kertas akhir bagi peperiksaan pada sem ini  (Sem 3) telah pun berakhir.  Dengan berakhirnya kertas LGA 3102 ( Songs & Poetry) maka semua sahabat-sahabat sem 3 telah pon merdeka. Tak kurang juga ada yang bersorak gembira, ada juga yang buat rancangan untuk ‘celebrate’ dan sebagainya.
Sesungguhnya, zaman sem 3 merupakan suatu pengalaman yang amat hebat. Banyak cerita- cerita yang menarik yang kami tempuh bersama . Pada penguhujung sem 3 jugalah kami turut diuji dengan pelbagai ujian yang mana boleh meruntun hati setiap pelajar yang mengalaminya.
 Ada beberapa sahabat yang namanya tidak terpilih untuk tinggal di asrama bagi semester hadapan dan ada juga yang terpaksa menghadapi ujian dimana mereka terpaksa bertukar ke kelas lain setelah 2 tahun lebih bersama , bersuka ria, mengalami pahit manis bersama dan berkongsi cerita yang sama. Amat lama namun belum tentu ia akan menjamin kami untuk terus bertahan untuk sentiasa bersama dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.
Kepada yang terpilih untuk bertukar ke kelas lain, saya berharap agar sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian ini. Bagi saya, anda merupakan sahabat saya yang terbaik dan akan saya lakukan sedaya mungkin untuk kekalkan persahabatan ini.


Saturday, May 18, 2013

Merajuk?


Maaf, merajuk sememangnya menjadi budaya sesetengah orang. Apabila kita terasa hati dengan dia, kita mudah untuk merajuk, “ Saya tak nak cakap dengan dial ah”, “ Saya tak nak ajak dia lah” dan macam- macam lagi.
Jika kita perhalusi, sememangnya ianya merupakan suatu yang agak janggal. Mana mungkin kita sanggup melakukan perkara ini pada sahabat kita. Mana mungkin kita mahu memperlakukan sahabat kita sedemikian.
Maka kita kata, tak lengkap kisah hidup seseorang itu tanpa seorang teman. Kadang kala, kita perlu selidiki apa yang kita yang lakukan. Cuba check apakah masalah yang timbul sebenarnya. Bukan lakukan sesuatu yang menjadikannya makin besar menjadi masalah.
            Jika dia bersalah, maka maafkanlah. Jika yang salah maka minta maaflah. Takkan pernag kurang suatu dari kita jika minta maaf dari orang lain. 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru....


Selamat Hari Guru….
           
Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Sepertia yang kita semua maklum bahawa pada tarikh 16 Mei , negara kita akan menyambut hari yang teristimewa buat semua guru iaitu Hari Guru.
            Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia terutamanya cikgu-cikgu dari SKPK 1, SKPK2, SK Getting dan SMK Geting.
             Sesungguhnya kenangan bersama cikgu- cikgu sekalian masih lagi lekat dalam hati saya.