Friday, September 28, 2012

Matematik oh Matematik







         Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Samsiah, Pensyarah Literasi Nombor atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga sekalung terima kasih saya ucapkan kepada rakan kumpulan saya iaitu Wan Mohammad Aliff Azizi atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini.          Secara peribadinya, apa yang boleh saya katakan ialah saya telah menimba banyak ilmu yang berguna sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sebelum ini, saya memandang remeh akan topik statistik yang mana pada pendapat saya tidak penting dalam kehidupan seharian.
          Melalui pemerhatian dan pengetahuan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini, topik statistik yang diperkenalkan dalam subjek Matematik amatlah penting dan tidak terkecuali, ianya juga teramatlah penting untuk dipelajari oleh guru. Sebagai seorang guru yang cemerlang, kita hendaklah tahu akan kegunaan statistik yang boleh diaplikasikan oleh dalam tugasan harian. Sebagai contoh, kita oleh gunakannya dalam proses menginterpretasi data mentah tentang markah kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan.          Secara umumnya, perwakilan data dengan menggunakan histogram dan carta adalah lebih mudah dan tepat dalam menilai kecemerlangan para pelajar. Dengan menggunakan graf misalnya, kita dapat melihat pertambahan dan penurunan kadar markah para pelajar dengan lebih berkesan dan cepat serta mudah.Kita juga dapat melihat statistik juga turut digunakan dalam aspek ekonomi, politik dan social. Sebagai contoh dari aspek ekonomi, kita boleh mewakilkan setiap data untuk melihat nilai dagangan yang diperdagangkan sama ada semakin menaik atau merosot.           Dari aspek politik pula, kita dapat gunakan untuk melihat berapa undian yang dibuang terhadap para calon yang bertanding dalam pilihanraya sebagai tanda sokongan. Begitu juga dari aspek sosial dimana ia digunakan untuk melihat dan menilai sejauh mana kadar jenayah yang berlaku disekitar kita. Dengan adanya pelan data yang lengkap dan mudah dibaca, maka akan mudahlah segala urusan kita untuk melakukan suatu perubahan atau untuk melakukan penilaian untuk meningkatkan lagi kemajuan yang sedia ada.          Kesimpulannya, statistik merupakan perkara atau topic yang amat penting sekali dalam kehidupan kita. Hal ini adalah kerana ianya melengkapi dan membantu kita untuk menilai dan menginterpretasi data dengan lebih berkesan dan tepat.

Assignment Tuk Sem Ni Da AbeZz...hehe

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah dan kurnianya aku dapat siapkan juga semua assignment dengan lancar dan menepati tarikh hantar. First of all, i would like to thank all of my friends, especially members of Tesl 1... to my members group, Wan Abohs, Fadhil, Helmi and etc, thank you very much.. Walaupun da siap kan semua assignment, masih ada lagi projek (pameran) dan exam yang masih lagi menanti..hehe
* pameran Literasi Bahasa- haishhh...masih belum siap lagi...haha...insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.
*exam - rasanya exam sem ni paling mencabar. Hurmmm, what ever it is, lets move on. Nothing can burden us until we accepting them and keep it mind.. Gambatte!!...

Monday, September 10, 2012

Anda Bakal Juara UPSR 2012

Assalamualaikum,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menempuh UPSR ' kepada semua anak-anak pelajar yang turut serta mengambil ujian tersebut. Saya doakan yang terbaik buat anda dan jangan lupa lakukan yang terbaik demi kejayaan dan masa depan anda. Walaupun dapat saya tidak dapat menemani anda untuk masuk ke dewan peperiksaan , namun saya iringi doa yang berpanjangan semoga dipermudahkan segala urusan di dalam dewan itu nanti. Pesan saya, jangan lupa jaga hubungan dengan keluarga, sahabat handai, guru-guru dan yang paling penting sekali adalah jaga hubungan kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah pasti membalas dan memberi anugerah yang paling bahagia sesuai dengan usaha kita untuk mengecap kebahagiaan itu. 

Friday, August 3, 2012

KKP oh KKP


Musim demam KKP(Kerja  Kursus  Pendek) sudah hampir tiba. Sehingga  ke  hari  ini  sahaja,  aku dah dapat 3 KKP. Oh Children’s Literature, Oh ELT Methodology and Bahasa Melayu Komunikatif 2, please be easy on  me.
Children’s Literature ada dua task  yang perlu  disiapkan. So  far so good. Tak ada masalah sangat tapi tak tahu lah kot2 masalah tu datang kemudian . hehehe..  Bahasa Melayu Komunikatif 2 dan ELT  Methodology plak  kerja group,jadi, it would be more easier kan?kuikuikui..
Tu lah, da dekat nak cuti je akan ada banyak kerja.wahhhh!!tak sabar rasanya nak cuti raya..huhu..
Nasib baik masa masih panjang lagi. Harap- harap semuanya berjalan lancar.
Kepada Fadhil, Wan Abohs, Shinbei n all my classmate ( PISMP TESL 1) , Gud Luck!!


Saturday, July 21, 2012

Puasa.. (2012)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan al Mubarak..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yang mengenali ini, semoga segala amalan dan ibadah yang kita kerjakan diterima olehNya..
Ramadhan hanya datang setahun sekali.. Ramadhan adalah bulan yang suci bagi semua umat Islam dimana didalamnya penuh dengan keberkatan. Hanya di bulan Ramadhan jugalah terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. 


Firman Allah SWT yang bermaksud,


 "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Banyak lagi kelebihan bulan Ramdhan, jadi oleh sebab itu, marilah kita sama-sama tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan berusaha mendapatkan redhaNya.


*Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa , Selamat Berbuka dan Selamat Berterawih...salam Ramadhan dari saya...

Monday, July 16, 2012

Menjadi Seorang Yang Pemaaf

Sifat pemaaf merupakan salah satu sifat yang mahmudah, yakni sifat yang terpuji. Menurut suatu sumber, ada dinyatakan bahawa sifat memberi maaf dan memaafkan adalah suatu kenikmatan. Apa tidaknya, sekiranya seseorang itu melahirkan sifat maaf, maka seluruh jiwa dan raganya menjadi tenang. Hilang rasa dendamnya! Hilang rasa cemburu dan iri hatinya ! Hilang rasa pahit dan kecewa ! Wahhhh! Begitu hebat sekali kesan dari sifat pemaaf tadi. Bahkan , kita sendiri pernah dipesan oleh Rasulullah agar sentiasa menjadi seorang yang pemurah dengan sifat maaf. Perlu diingatkan bahawa, jiwa yang tenang, hati yang bersih dan fikiran yang jernih datangnya daripada perbuatan kita yang baik. Maka kita lihat sekali lagi, maaf adalah suatu sifat yang terbaik untuk dijadikan amalan seterusnya menjadi sifat yang sebati dalam diri kita. Tidak mudah untuk mengawal diri dan emosi kita untuk menjadi seorang yang pemaaf kerana syaitan tidak akan pernah berdiam diri untuk terus mencuba menyesatkan dan mengganggu kotak pemikiran anak anak Adam sehingga mengikut kehendak mereka . 
Makanya, kita perlulah berhati-hati dan setiap amalan yang kita lakukan, jangan biarkan emosi marah, cemburu dan dendam menjadi suatu faktor yang mengheret kita menjadi seorang yang pemarah, hilang sabar dan sebagainya. Maka sesuai dengan itu, latihlah diri menjadi orang yang sabar dan sentiasa bersedia untuk memaafkan setiap kesalah orang terhadap kita. Memang, kadang-kadang, ianya perit untuk kita telan, namun begitu, siapalah kita untuk menjadi hakim untuk memghakimi mereka sebegitu rupa dan ingatlah segala amal perbuatan kita sentiasa dilihat dan dinilai oleh Allah S.W.T.

Sunday, July 15, 2012

Untuk menjadi yang terbaik, maka kita perlu mulakan langkah yang terbaik...

Assalamualaikum...
Untuk menjadi yang terbaik, maka kita perlu mulakan langkah yang terbaik.
 Jika seorang guru inginkan dirinya menjadi seorang pendidik yang terbaik, maka dia perlulah mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran itu dengan kaedah dan langkah yang terbaik.
Jika seorang pelajar ingin menjadi pelajar yang terbaik maka dia perlulah mulakan setiap langkahnya dengan sifat orang yang benar-benar inginkan kejayaan.
Untuk menjadi yang terbaik bukanlah suatu yang senang namun ianya pula bukanlah suatu yang mustahil. Orang lain boleh, kenapa tidak kita? Orang lain berjaya, mengapa tidak kita pon berjaya? Orang lain bahagia, mengapa tidak kita berusaha untuk menjadi bahagia?
Untuk mencapai suatu kemenangan atau kejayaan, kita perlu lakukan pengorbanan.
Jika seorang guru, anda perlu korbankan masa terluang anda dengan berusaha untuk mencari sesuatu yang anda dapat lakuakan untuk memperbaiki diri anda sebelum memperbaiki orang lain yakni murid- murid. Sebagai contoh, sekiranya ada waktu terluang, kita boleh gunakan masa tersebut untuk memikirkan pelbagai cara atau teknik baru untuk menarik minat para pelajar.
Jika anda seorang pelajar pula, anda perlulah korbankan masa anda untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sebagai contoh, kurangkan waktu anda bermain, menonton televisyen , facebook dan sebagainya. Tidak salah untuk anda melakukan semua itu tapi kita perlu berkorban dengan mengurangkan masa untuk melakukan semua itu. Isilah masa anda yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah yang diyakini mampu membantu dan memperbaiki segalan kelemahan diri.